Demostrasi Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi di Maktab Tentera Diraja

Pada 27 Februari 2010, PSSCUHUPM telah menghantar skuad demonya untuk mengadakan persembahan demo di Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi. Seramai 11 orang ahli PSSCUHUPM telah menyertai demostrasi ini semperna kempen pengambilan ahli baharu di sana.



Pertandingan Galeri IPT sempena Hari Keluarga ASCH, UPM menangi tempat ketiga

 
Bertempat di Akedemi Silat Cekak Hanafi pada 21 Febuari 2010 sempena mengadakan Program Hari Keluarga, Silat Cekak Hanafi juga turut mengadakan pertandingan pameran galeri SCH di peringkat IPT sekitar Lembah Klang. PSSCUHUPM tidak ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti pertandingan berikut dan seramai 30 orang ahli SCH bersama-sama bergotong royong membuat persiapan galeri Cekak Hanafi UPM. Bermula pada pukul 2.00 petang sesi lawatan oleh YM Guru Utama dan para juri ke galeri-galeri setiap IPT bagi membuat penilaian. Cekak Hanafi UPM telah memenangi tempat ketiga manakala tempat kedua dimenangi oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan tempat pertama oleh UNIKOP. Pihak PSSCUHUPM mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang terlibat di dalam persiapan galeri tersebut diatas kerjasama dan semangat yang diberikan.




















Galeri pameran IPT yang
disediakan oleh Cekak
Hanafi UPM di Akademi.

Hampir sama : Gambar lukisan sketch Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad, pemimpim agung silat cekak hasil daripada kreativiti oleh salah seorang menuntut Cekak Hanafi UPM.











Kreativiti : Galeri pameran Cekak Hanafi UPM ditambah dengan unsur peralatan mekatronik dengan meletakkan logo UPM dan logo PSSCUHUPM pada alat tersebut.




















Kerjasama :
Setiap warga
Cekak Hanafi
UPM bersama
sama menyiapkan
bahan dan peralatan galeri pameran.










Lawatan YM Guru Utama dan para Juri ke galeri pameran UPM.



YM Guru Utama bertanyakan sesuatu mengenai alat pameran elektronik berikut.

Presiden PSSCUHM YBhg En. Md Nasir Md Arshad juga turut membuat lawatan ke galeri pameran. Sebagai sejarah, beliau dahulunya pernah menjadi penyelia pertama Silat Cekak di UPM pada tahun 70 an.







Cekak Hanafi UPM turut memeriahkan Hari Keluarga Akedemi Silat Cekak Ustaz Hanafi 2010

Pada 21 Februari 2010, Akedemi Silat Cekak Ustaz Hanafi telah mengadakan Hari Keluarga buat ahli-ahli silat cekak ustaz hanafi di kawasan sekitar lembah klang dan kawasan yang berhampiran. Pelbagai persatuan silat cekak ustaz hanafi dari pelbagai IPT-IPT dan kawasan setempat turut hadir untuk memeriahkan majlis termasuklak wakil dari PSSCUHUPM. Pelbagai permainan yang dijalankan untuk ahli-ahli SCH. Pameran dari IPT juga turut diadakan dan tahniah kepada PSSCUHUPM kerana memenangi tempat ketiga untuk pameran galeri terbaik IPT.

Hari keluarga Akedemi Silat Cekak Hanafi

 Pelajar dari UPM hadir seramai 30 orang dengan menaiki bas dan kereta ke Akademi bagi penyertaan dan sokongan sambutan hari keluarga SCH.
 
Wakil-wakil PSSCUHUPM semasa perasmian program.

Saudari Aida berlawan permainan ping pong dengan ahli SCH yang lain
Saudara Mat mencuba permainan carom dan hampir menjadi juara. 




Kita tengok siapa yang masuk : Ahi SCH UPM bertanding dalam permainan Mini Golf