First Asean Student Convention of Leadership and Integrity, Cekak Hanafi UPM mendapat sambutan hangat.

Pada 17 March yang lalu, PSSCUHUPM telah diberi peluang untuk mengadakan pameran bagi mewakili silat melayu di acara First Asean Student Convention of Leadership and Integrity (ASLI 2010) yang diadakan di Kolej ke 7 UPM atau lebih dikenal sebagai KOSASS. Skuad demontrasi UPM dengan kerjasama skuad demo ibu pejabat juga telah hadir bagi mempersembahkan demo silat cekak ustaz hanafi kepada deligasi-deligasi yang hadir dari negara-negara jiran.

 
Gerai Cekak Hanafi UPM antara mendapat sambutan hangat daripada peserta yang hadir.

Deligasi melihat gerai PSSUCHUPM
Skuad demo menunjukkan teknik tempur dan beladiri
Tetamu kehormat amat berminat dan berkunjung ke gerai PSSCUHUPM

Pameran Cekak Hanafi menarik ramai minat peserta dengan mengaplikasikan unsur kreativiti dan multimedia,

 Skuad demonstrasi UPM bersiap sedia!

Kenangan : Antara ahli PSSCUHUPM yang terlibat dalam program ini

Latihan Silat Cekak Hanafi UPM telah diwarnai dengan kehadiran Guru Utama

Pada hari rabu, 3 Februari yang lalu, latihan silat cekak hanafi UPM yang bertempat di padang fakulti ekologi telah dimeriahkan dengan kehadiran Yang Mulia Guru Utama, En Marwi bin Latif dan beberapa orang dari ibu pejabat Akedemi Silat Cekak Hanafi. Ahli-ahli PSSCUHUPM sempat mengambil peluang beramah mesra dan meminta tips mengenai persilatan. Pihak PSSCUHUPM mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kesudian YM Guru Utama di atas mengunjungi sesi kelas latihan di UPM.


Semua ahli bergambar dengan YM Guru Utama

Guru Utama bersama para jurulatih


Penuh perhatian: Semua ahli sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh YM Guru Utama


Begini caranya: YM Guru Utama memberi tunjuk ajar kepada para ahli

Hidup PSSCUHUPM!!

Majlis Pengijazahan Semesta kedua 2010

Pada 30 Januari 2010, PSSUCHUPM telah mengadakan majlis pengijazahan yang pertama pada tahun ini. Pada majlis itu, seramai 26 orang ahli baru telah diijazahkan asas dan seramai 20 orang ahli telah mendapat ijazah tamat. Majlis ini telah dijalankan di Dewan Andromeda, Kolej Tiga Belas.




Ahli-ahli silat cekak ustaz hanafi yang baharu dan lama




Majlis Taklimat 2010 bersama TNC HEPA

Pada 16 hb Januari yang lalu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar UPM telah mengadakan Majlis Taklimat 2010 bersama TNC HEPA; Prof. Dr. Azali Bin Mohamed. Wakil-wakil daripada setiap kelab dan persatuan sama ada berkredit mahupun tidak berkredit telah dijemput hadir. PSSCUHUPM telah diwakili presiden; saudara Rosnan, timb; saudara Safwan dan ajk multimedia; saudara shafiq.

Mesyuarat Exco PSSCUHUPM yg pertama tahun 2010




Mesyuarat pertama PSSCUHUPM kali pertama pada semester kedua sesi 2009/2010 telah diadakan pada 10 hb Januari 2010 di bilik scorpio kolej tiga belas.

Wajadiri 2009

Pada 26 Julai 2009, Kejohanan Wajadiri Nasional Silat Cekak Hanafi yang ke-12 telah berlangsung dengan jayanya di UKM. Kejohanan ini disertai oleh institut pengajian tinggi, sekolah dan pusat-pusat latihan di setiap negeri. Pada tahun ini, PSCHUPM turut menghantar kontinjen untuk menyertai kejohanan ini.



kontinjen dari UPM

Kem Silat Cekak Hanafi UPM 2009

Pada 26 April 2009, PSCHUPM telah mengadakan kem kepada ahli silat cekak hanafi di Kem Rimba Ria, Sungai Congkak, Selangor... Kem ini disertai lebih 20 orang ahli bertujuan untuk merapatkan lagi siratulrahim dan memupuk semangat kerjasama diantara ahli. Aktiviti-aktiviti seperti jungle trekking, survivor skill dan lain-lain turut dijalankan untuk menguji ketahanan fizikal dan mental para ahli.



Para peserta mendengar taklimat




Aktiviti memasak



Jungle trekking