Rakaman Demo dan Dokumentari Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi UPM oleh RTM ! tv1..

Pada 24 Februari 2011, Pihak stesen tv terkemuka negara, RTM 1 atau lebih dikenali sebagai tv1 hadir ke UPM bagi melakukan sesi penggambaran dan dokumentari.Lokasi penggambaran adalah bertempat di padang hadapan Fakulti Ekologi Manusia.Rakaman yang dibuat akan ditayangkan di dalam rancangan Selamat Pagi Malaysia pada 7 Mac 2011(isnin).Berikut adalah gambar yang sempat diambil semasa rakaman dijalankan:-
kerja-kerja penggambaran dan rakaman sedanag dilakukan.
Saudara Fikri(presiden PSSCUHUPM) sedang menunjukkan salah satu buah silat.




aksi-aksi yang ditunjukkan oleh beberapa orang ahli Silat Cekak Ustaz Hanafi yang lain..
Sekalung penghargaan diucapkan kepada tv1 kerana memilih kami untuk melakukan demo.
Semoga terus maju jaya.1UPM1Malaysia! <3



Demostrasi Seni Silat Cekak Ustaz Hanafi di Maktab Tentera Diraja

Pada 27 Februari 2010, PSSCUHUPM telah menghantar skuad demonya untuk mengadakan persembahan demo di Maktab Tentera Diraja, Kem Sungai Besi. Seramai 11 orang ahli PSSCUHUPM telah menyertai demostrasi ini semperna kempen pengambilan ahli baharu di sana.



Pertandingan Galeri IPT sempena Hari Keluarga ASCH, UPM menangi tempat ketiga

 
Bertempat di Akedemi Silat Cekak Hanafi pada 21 Febuari 2010 sempena mengadakan Program Hari Keluarga, Silat Cekak Hanafi juga turut mengadakan pertandingan pameran galeri SCH di peringkat IPT sekitar Lembah Klang. PSSCUHUPM tidak ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti pertandingan berikut dan seramai 30 orang ahli SCH bersama-sama bergotong royong membuat persiapan galeri Cekak Hanafi UPM. Bermula pada pukul 2.00 petang sesi lawatan oleh YM Guru Utama dan para juri ke galeri-galeri setiap IPT bagi membuat penilaian. Cekak Hanafi UPM telah memenangi tempat ketiga manakala tempat kedua dimenangi oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan tempat pertama oleh UNIKOP. Pihak PSSCUHUPM mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang terlibat di dalam persiapan galeri tersebut diatas kerjasama dan semangat yang diberikan.




















Galeri pameran IPT yang
disediakan oleh Cekak
Hanafi UPM di Akademi.

Hampir sama : Gambar lukisan sketch Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad, pemimpim agung silat cekak hasil daripada kreativiti oleh salah seorang menuntut Cekak Hanafi UPM.











Kreativiti : Galeri pameran Cekak Hanafi UPM ditambah dengan unsur peralatan mekatronik dengan meletakkan logo UPM dan logo PSSCUHUPM pada alat tersebut.




















Kerjasama :
Setiap warga
Cekak Hanafi
UPM bersama
sama menyiapkan
bahan dan peralatan galeri pameran.










Lawatan YM Guru Utama dan para Juri ke galeri pameran UPM.



YM Guru Utama bertanyakan sesuatu mengenai alat pameran elektronik berikut.

Presiden PSSCUHM YBhg En. Md Nasir Md Arshad juga turut membuat lawatan ke galeri pameran. Sebagai sejarah, beliau dahulunya pernah menjadi penyelia pertama Silat Cekak di UPM pada tahun 70 an.







Cekak Hanafi UPM turut memeriahkan Hari Keluarga Akedemi Silat Cekak Ustaz Hanafi 2010

Pada 21 Februari 2010, Akedemi Silat Cekak Ustaz Hanafi telah mengadakan Hari Keluarga buat ahli-ahli silat cekak ustaz hanafi di kawasan sekitar lembah klang dan kawasan yang berhampiran. Pelbagai persatuan silat cekak ustaz hanafi dari pelbagai IPT-IPT dan kawasan setempat turut hadir untuk memeriahkan majlis termasuklak wakil dari PSSCUHUPM. Pelbagai permainan yang dijalankan untuk ahli-ahli SCH. Pameran dari IPT juga turut diadakan dan tahniah kepada PSSCUHUPM kerana memenangi tempat ketiga untuk pameran galeri terbaik IPT.

Hari keluarga Akedemi Silat Cekak Hanafi

 Pelajar dari UPM hadir seramai 30 orang dengan menaiki bas dan kereta ke Akademi bagi penyertaan dan sokongan sambutan hari keluarga SCH.
 
Wakil-wakil PSSCUHUPM semasa perasmian program.

Saudari Aida berlawan permainan ping pong dengan ahli SCH yang lain
Saudara Mat mencuba permainan carom dan hampir menjadi juara. 




Kita tengok siapa yang masuk : Ahi SCH UPM bertanding dalam permainan Mini Golf

First Asean Student Convention of Leadership and Integrity, Cekak Hanafi UPM mendapat sambutan hangat.

Pada 17 March yang lalu, PSSCUHUPM telah diberi peluang untuk mengadakan pameran bagi mewakili silat melayu di acara First Asean Student Convention of Leadership and Integrity (ASLI 2010) yang diadakan di Kolej ke 7 UPM atau lebih dikenal sebagai KOSASS. Skuad demontrasi UPM dengan kerjasama skuad demo ibu pejabat juga telah hadir bagi mempersembahkan demo silat cekak ustaz hanafi kepada deligasi-deligasi yang hadir dari negara-negara jiran.

 
Gerai Cekak Hanafi UPM antara mendapat sambutan hangat daripada peserta yang hadir.

Deligasi melihat gerai PSSUCHUPM
Skuad demo menunjukkan teknik tempur dan beladiri
Tetamu kehormat amat berminat dan berkunjung ke gerai PSSCUHUPM

Pameran Cekak Hanafi menarik ramai minat peserta dengan mengaplikasikan unsur kreativiti dan multimedia,

 Skuad demonstrasi UPM bersiap sedia!

Kenangan : Antara ahli PSSCUHUPM yang terlibat dalam program ini

Latihan Silat Cekak Hanafi UPM telah diwarnai dengan kehadiran Guru Utama

Pada hari rabu, 3 Februari yang lalu, latihan silat cekak hanafi UPM yang bertempat di padang fakulti ekologi telah dimeriahkan dengan kehadiran Yang Mulia Guru Utama, En Marwi bin Latif dan beberapa orang dari ibu pejabat Akedemi Silat Cekak Hanafi. Ahli-ahli PSSCUHUPM sempat mengambil peluang beramah mesra dan meminta tips mengenai persilatan. Pihak PSSCUHUPM mengambil kesempatan mengucapkan ribuan terima kasih dengan kesudian YM Guru Utama di atas mengunjungi sesi kelas latihan di UPM.


Semua ahli bergambar dengan YM Guru Utama

Guru Utama bersama para jurulatih


Penuh perhatian: Semua ahli sedang mendengar taklimat yang disampaikan oleh YM Guru Utama


Begini caranya: YM Guru Utama memberi tunjuk ajar kepada para ahli

Hidup PSSCUHUPM!!

Majlis Pengijazahan Semesta kedua 2010

Pada 30 Januari 2010, PSSUCHUPM telah mengadakan majlis pengijazahan yang pertama pada tahun ini. Pada majlis itu, seramai 26 orang ahli baru telah diijazahkan asas dan seramai 20 orang ahli telah mendapat ijazah tamat. Majlis ini telah dijalankan di Dewan Andromeda, Kolej Tiga Belas.




Ahli-ahli silat cekak ustaz hanafi yang baharu dan lama