Pertandingan Galeri IPT sempena Hari Keluarga ASCH, UPM menangi tempat ketiga

 
Bertempat di Akedemi Silat Cekak Hanafi pada 21 Febuari 2010 sempena mengadakan Program Hari Keluarga, Silat Cekak Hanafi juga turut mengadakan pertandingan pameran galeri SCH di peringkat IPT sekitar Lembah Klang. PSSCUHUPM tidak ketinggalan untuk turut serta dalam aktiviti pertandingan berikut dan seramai 30 orang ahli SCH bersama-sama bergotong royong membuat persiapan galeri Cekak Hanafi UPM. Bermula pada pukul 2.00 petang sesi lawatan oleh YM Guru Utama dan para juri ke galeri-galeri setiap IPT bagi membuat penilaian. Cekak Hanafi UPM telah memenangi tempat ketiga manakala tempat kedua dimenangi oleh Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dan tempat pertama oleh UNIKOP. Pihak PSSCUHUPM mengucapkan tahniah kepada semua ahli yang terlibat di dalam persiapan galeri tersebut diatas kerjasama dan semangat yang diberikan.




















Galeri pameran IPT yang
disediakan oleh Cekak
Hanafi UPM di Akademi.

Hampir sama : Gambar lukisan sketch Allahyarham Ustaz Hanafi Hj Ahmad, pemimpim agung silat cekak hasil daripada kreativiti oleh salah seorang menuntut Cekak Hanafi UPM.











Kreativiti : Galeri pameran Cekak Hanafi UPM ditambah dengan unsur peralatan mekatronik dengan meletakkan logo UPM dan logo PSSCUHUPM pada alat tersebut.




















Kerjasama :
Setiap warga
Cekak Hanafi
UPM bersama
sama menyiapkan
bahan dan peralatan galeri pameran.










Lawatan YM Guru Utama dan para Juri ke galeri pameran UPM.



YM Guru Utama bertanyakan sesuatu mengenai alat pameran elektronik berikut.

Presiden PSSCUHM YBhg En. Md Nasir Md Arshad juga turut membuat lawatan ke galeri pameran. Sebagai sejarah, beliau dahulunya pernah menjadi penyelia pertama Silat Cekak di UPM pada tahun 70 an.







0 comments:

Post a Comment